Tuesday 6 May 2014

Penghargaan

Bismillahirrahmanirrahim...





Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kami menyiapkan tugasan yang diberikan. Blog ini dijalankan untuk memenuhi tugasan yang diminta oleh pensyarah kami bagi Kursus BSS 3073, iaitu Kesusasteraan Melayu dalam Pembinaan Modal Insan. Selain itu, blog ini dibina untuk mempromosikan dan memberi maklumat tambahan berkaitan Karya Agung yang semakin dilupakan oleh masyarakat.

            Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan blog ini. Pertama sekali kepada Dr. Azimah Bt Zakaria kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada kami untuk menyiapkan blog ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan ucapan terima kasih kepada beliau.


            Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa kami yang sudi memberi dorongan dan motivasi semasa kami menyiapkan blog ini. Tidak lupa juga, kepada rakan-rakan kami, kerana sudi melawati blog karya agung kami ini dan memberikan sokongan serta dorongan kepada kami sepanjang blog ini dijalankan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat selama menjayakan blog ini.

Wednesday 30 April 2014

Pengalaman Berpraktikum.

Penerapan Modal insan yang efektif oleh pengurusan sekolah terhadap pelajar melalui pengalaman berpraktikum
  • Program Kurikulum dan Ko-kurikulum

  1.   Kelab dan Persatuan



Aktiviti Persatuan dan Kelab juga menyumbang dalam pembentukan ketrampilan dan keperibadian yang tinggi dalam kalangan pelajar-pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui Persatuan dan Kelab juga merupakan satu cara pembelajaran yang berasaskan gerak kerja terancang dan ia adalah lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu aktiviti berpesatuan dan kelab dapat melengkapkan pelajar dengan sifat-sifat kecemerlangan diri, seperti kepimpinan, mempunyai daya saing, jati diri, kreatif, kritis, berkeyakinan tinggi dan mempunyai daya tahan disamping menyediakan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara satu sama lain, dapat memupuk nilai-nilai murni, seperti kerjasama , semangat kekitaan , menambah , mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran yang dipelajari di bilik darjah dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan.





Pertandingan Shahiba – Anjuran Persatuan Bahasa Melayu


2.  Sukan dan Olahraga

Semasa sessi latihan sukan dan olahraga, pelajar – pelajar diberikan ilmu pengetahuan mengenai sesuatu permainan , undang-undang dan kemahiran yang perlu mereka kuasai. Apabila mereka bermain di gelanggang mereka akan menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi daripada guru. Mereka juga mengamalkan budaya bagaimana untuk bekerjasama, hormat-menghormati, berdisiplin ,bersaing dalam suasana yang sihat, bertoleransi, bertanggungjawab dan sentiasa mempunyai semangat juang yang tinggi di samping dapat memelihara kesihatan fizikal dan mental, menggalakkan interaksi dan integrasi diantara pelajar-pelajar dan menjalin hubungan rapat antara sekolah dengan masyarakat.




Sukaneka




Pertandingan Explorace


3. Unit beruniform


Semasa latihan dijalankan pelajar-pelajar didedahkan dengan latihan kawad, gotong- royong, berkhemah, latihan kecemasan dan sebagainya . Melalui aktiviti ini nilai-nilai murni seperti kerjasama , keberanian, berdikari, kejujuran , taat setia kepada ketua serta semangat bermasyarakat dapat diterapkan. Seterusnya membuktikan bahawa melalui aktiviti unit beruniform dapat membentuk ketrampilan dan keperibadian yang tinggi dalam kalangan muri-pelajar khususnya membina semangat bekerjasama, mematuhi pemimpin dan memupuk budaya mencintai sekolah, masyarakat dan negara.









Perkhemahan Unit Beruniform 






Nilai-nilai Murni



1. Hormat-menghormati = Hormat dapat didefinisikan sebagai mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat, takzim.

  • Contoh: Tunduk hormat apabila berjalan di hadapan orang yang lebih tua dari kita.






2.    Kasih sayang = Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan yang lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu termasuk sayang atau cinta akan nyawa, alam sekitar, negara dan keamanan.

  • Contoh: Berkasih sayang antara ayah dan anak.






3. Kerajinan = Berusaha bersungguh-sungguh, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Rela 
Usaha secara berterusan yang penuh semangat ketekunan dan dedikasi dalam melakukan  sesuatu perkara.mengorbankan masa dan tenaga untuk sesuatu perkara yang berfaedah. 
  • Contoh: Rajin mengulangkaji pelajaran



4. Nilai patriotisme banyak digambarkan tentang bagaimana masyarakat berusaha dalam menuntut kemerdekaan, menghargai dan memelihara dan pengertian sebenar tentang kemerdekaan.  Patriotisme yang seringkali dikaitkan dengan cintakan watan adalah satu semangat atau nilai yang perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat khususnya generasi muda.
  • Contoh: Semangat cintakan tanah air.(Hari Kemerdekaan)


5. Kerjasama = Usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama-sama pada peringkat individu, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti gotong-royong.
  • Contoh: Bekerjasama menyembelih lembu pada Hari Raya Korban





Syok Belajar

INDUKSI SET


  • Video :








Sinopsis 'Budi Seorang Bapa Angkat'



 Kemangkatan Tuanku Si Helang Laut dan permaisurinya di negeri Bandar Mengkalih tidak diketahui oleh kakandanya, Uli Emak Si Anjing. Hinggalah pada suatu malam suaminya, Datuk Batin Alam telah mendapat alamat tentang kesusahan. Berikutan daripada peristiwa tersebut, anak Tuanku Si Helang Laut, iaitu Awang Sulung Merah Muda telah dipelihara oleh Datuk Batin Alam dan Uli Emak Si Anjing. Setelah cukup umur, Awang Sulung dihantar mengaji Quran dan merawi di rumah Tuan Kadi Alim. Namun begitu, Awang tidak mahu belajar mengaji dan menutup Quran. Kejadian tersebut berulang pada hari berikutnya. Namun, pada malam ketujuh, Awang menunjukkan minat untuk belajar mengaji. Apabila Tuan Kadi Alim membaca sehelai, Awang membaca sejuzuk dan membaca hingga khatam.
Seterusnya Awang Sulung diajar ilmu bahasa akal dan bahasa Arab di rumah Tuan Malik Kecil. Peristiwa tidak mahu berlajar berulang semula. Namun, pada malam ketujuh, Awang Sulung telah menunjukkan minat untuk berlajar. Lebih mengejutkan, dalam masa yang singkat sahaja Awang Sulung dapat menguasai ilmu yang dipelajarinya.
Setelah selesai pengajaran tersebut, Awang Sulung kemudian diajar ilmu persilatan oleh Datuk Batin Alam. Ayahnya menunjukkan langkah-langkah persilatan sehingga langkah tiga dan meminta Awang Sulung mengikutnya. Namun, Awang hanya tercengang-cengang. Dia terus menunjukkan langkah-langkah tersebut sehingga langkah dua belas. Tidak juga diikut oleh Awang Sulung. Dia terus menyambung sehingga penat. Dia terfikir ingin menguji Awang Sulung dengan melakukan tuju-tuju. Awang Sulung dapat menepis dan menjatuhkan tengkolok Datuk Batin Alam. Pelbagai ujian dilakukan seperti menikam bertubi-tubi dan dihumban seketul batu yang besar. Sesudah mahir, Awang Sulung dikhatankan oleh Datuk Mudim Raja dalam satu majlis yang gemilang.
Setelah sembuh daripada khatan, Datuk Batin Alam ingin mengasah gigi Awang Sulung dan meminta pembantunya, Awang Selamat bertanya kepada sebuah tongkang yang sedang berlayar. Tukang mengasah gigi, Si Cuti telah dipanggil ke istana. Setelah diasah gigi, Awang Sulung menjadi sangat kacak sehingga sesiapa yang terpandang wajahnya akan terpikat. Walau bagaimanapun Cuti telah dihukum bunuh agar tiada yang dapat menandingi ketampanan Awang Sulung. Ganjaran diserahkan kepada keluarganya namun mereka sangat merasai kehilangan Cuti.






































Aktiviti 1 : Mencari Barang Tersembunyi dan Permainan Kotak Beracun.


ARAHAN:

1) Murid diedarkan sehelai kertas yang tertera lukisan di atasnya dan kemudian dikehendaki mencari sekurang-kurangnya sembilan objek yang tersembunyi dalam lukisan tersebut.






2) Bagi memberikan jawapan mengenai objek yang telah ditemui, murid perlulah bermain terlebih dahulu 'permainan kotak beracun' yang diiringi oleh lagu. Apabila lagu diberhentikan, murid terakhir yang memiliki kotak beracun tersebut perlulah bangun dan menyatakan satu objek yang terdapat di dalam lukisan tersebut. Kemudian, perlu mengambil segulung kertas kecil yang terdapat dalam kotak beracun dan melakukan perkara yang tertulis di atas kertas yang dipilih.






3) Murid yang dapat menyatakan objek yang ditemui serta dapat melakukan perkara yang tertulis di atas kertas yang dipilih akan memperoleh ganjaran.



Aktiviti 2: Puzzle







Arahan:

1.     Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar  (kumpulan A dan kumpulan B).

2.  Setiap kumpulan perlu menghantar dua orang wakil untuk menyelesaikan puzzle yang telah disediakan.

3.       Seorang pelajar akan ditutup matanya untuk mencantumkan puzzle yang terdapat di papan putih. Manakala seorang lagi pelajar akan memberikan arahan tentang kedudukan puzzle yang betul (ahli kumpulan yang lain dibenarkan untuk membantu) 

4.       Pelajar diberikan masa selama *2 minit* untuk menyelesaikan puzzle tersebut. Kumpulan yang dapat menyelesaikan puzzle terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang. 


Aktiviti 3: Roda Impian


Arahan

1.       Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan besar.
2.       Wakil setiap kumpulan tampil ke hadapan kelas untuk memutar roda, dan perlu menjawab soalan jika mendapat bahagian ‘Jawab Soalan. Ahli kumpulan dibenarkan membantu untuk menjawab soalan.
3.       Jika mendapat bahagian hilang giliran, kumpulan lawan akan mengambil giliran untuk menjawab.
4.       Cenderahati akan diberikan kepada pelajar yang tampil ke hadapan untuk memusing roda jika mendapat bahagian ‘Cenderahati’. ‘Muflis’ pula bermaksud kesemua markah terkumpul akan hilang. Markah Bonus sebanyak 30 markah akan diberikan jika mendapat bahagian ‘Markah Bonus’.
5.       ‘Teka-teki’ akan diajukan kepada pelajar yang mendapat bahagian ‘Teka-teki’.







PENUTUP :


  •       Video :





Wednesday 26 March 2014

Sinopsis 'Budi Seorang Bapa Angkat'

Kemangkatan Tuanku Si Helang Laut dan permaisurinya di Bandar Mengkalih menyebabkan anaknya Awang Sulung Merah Muda.






Awang Sulung Merah Muda dipelihara oleh ibu dan bapa saudaranya, Datuk Batin Alam dan Ulik Emak Si Anjing.




Kemudian, Awang Sulung dihantar mengaji Quran dan merawi di rumah Tuan Kadi Alim. Awang Sulung enggan belajar namun pada malam ketujuh, Awang Sulung dapat membaca dengan lancar.




Selepas itu, Awang Sulung dihantar pula belajar ilmu akal dan Bahasa`Arab di rumah Tuan Malim Kecil. Peristiwa enggan belajar terjadi lagi dan pada hari ketujuh Awang Sulung dapat menguasai pembelajaran dengan ajaib.





Datuk Batin Alam mahu mengasah gigi Awang Sulung. Beliau bertanya kepada sebuah kapal yang berlayar. kapal tersebut mempunyai seorang yang pandai mengasah gigi bernama Cuti.




Setelah diasah gigi oleh Cuti, Awang Sulung Merah Muda menjadi sangat kacak.


Ganjaran dan balasan diberikan  kepada keluarga Cuti. Cuti dibunuh supaya tiada yang dapat menandingi ketampanan Awang Sulung. 





Tuesday 25 February 2014

Selamat Datang!!!

Assalamualaikum...

Pertama-tama kali, ucapan terima kasih buat anda yang sudi menjengah ke laman blog ini. Masih setahun jagung, jadi diharapkan agar ada percambahan maklumat yang boleh dijana melalui laman ilmiah ini.