KENALI KAMI


Bismillahirrahmanirohim 

Assalamualaikum pembuka bicara
salam teruna kepada si dara
mari kita bersantai mesra
saling berkenalan berserta gembira.



Mari kita berkenalan dengan lebih dekat lagi dengan ahli-ahli kami. Orang kata 'tak kenal maka tak cinta', jadi jom luangkan masa beberapa minit untuk berkenalan dengan kami.


Hai semua..


  • Dikenali dengan nama Roospalela Binti Mohd Saidi.
  • Saya merupakan anak jati Perak, yang dilahirkan di Perak & membesar di situ.
  • Jika teman-teman nak tahu saya ni berketurunan Banjar.
  • Kampung halaman saya di Besout. Kenal tak kawan-kawan? lebih kurang sejam je dari UPSI. 
  • Saya merupakan anak ke-9 daripada 10 beradik (boleh buat 2 pasukan bola jaring) :)
  • Kenangan paling manis sehingga kini, iaitu ketika praktikum.. best sangat!
  • Jika ada manis, pasti ada pahitnya. Kenangan pahit saya, bila gastrik datang menyerang.. ooohh sakitnya, tidak terkira.. Aduhh.. Aduh ;) 
  • saya suka kumpul tin, kertas, botol sebab hobi mak. Di UPSI ni, budak-budak rumah selalu kena tahan bila mereka nak buang barang-barang tersebut.. hahaha..
  • Saya berharap, saya berjaya dan dapat menjaga mak abah untuk selamanya.
  • Saya masih menanti dan mencari bakal imam yang boleh pimpin saya hingga ke syurga. Aamiin. 



                                               Hai Kalian..

  • Dari dulu, kini & selamanya nama ini akan kekal, iaitu Nurfazlina Binti Mohd Nazer.
  • Saya lahir di Johor, menetap di Kedah & belajar di Perak.
  • Anak bongsu dari 8 bersaudara.
  • Saya tiada hobi yang spesifik sebab suka buat semua benda & paling tak suka bila tengok almari baju berselerak, tak kira siapa empunya. Jadi, saya mula rajin nak mengemas. 
  • Saya berharap dapat menghabiskan 'degree' dengan jayanya. May Allah ease for me.. Ameen..




Hai semua..
  • Nama saya, Nurul Nahuwa Bt. Mat Soid. Lebih dikenali sebagai wawa.
  • Saya merupakan anak ke-3 daripada 4 orang adik beradik.
  • Saya ni asalnya dari Kedah. Boleh dikatakan juga sebagai anak jati Kedah sebabnya saya dilahirkan & dibesarkan di Kedah.
  • Bila 'tension' saya suka melukis. Jadi, jika ada rakan-rakan nak minta tolong saya melukis dipersilakan. Dengan syarat kena bayar 50sen..hehehe
  • Apa yang saya harapkan & paling penting dalam hidup, moga dapat bahagiakan ibu bapa. InsyaAllah.




Hai kawan-kawan..
  • Nama dari kecil hinggalah dewasa, cukup sinonim disebut, iaitu Noridah Sulaiman.
  • Dilahirkan pada 29 Julai 1990. Cuba teka sekarang umur saya berapa? Siapa boleh jawab, saya bagi gula-gula sebiji. Nak tak?? :) 
  • Saya berasal dari Kampung Bukit Badong, Batang Bjuntai, Selangor.
  • Saya merupakan anak bongsu dari 4 adik beradik.
  • Saya suka menghabiskan masa dengan keluarga. Itulah sebabnya setiap hujung minggu jee saya balik kampung.. hehe
  • Matlamat saya ialah sentiasa positif & berusaha selagi berdaya. 




Cikgu Iza.. :)

Hai, sahabat-sahabat sekalian


  •  Nama diberi Nurhaliza bt Kamarudin. Tapi kalian boleh panggil saya ‘Cikgu Iza’.
  • Saya anak jati Kelantan. Siapa pernah sampai Kelantan?? Cuba angkat tangan. J kalau ada yang pernah sampai di negeri kelahiran saya, mesti tahu apa keistimewaannyakan.
  •  Sekarang saya penuntut tahun akhir di UPSI, bidang pengajian yang diambil ialah Bahasa Melayu.
  •  Saya suka baca novel  yang ala-ala romantika sikit, tapi buku-buku ilmiah tidak dilupakan J
  • Akhir sekali, saya sudah berpunya. Kepunyaan Ibu, ayah, dia dan Allah S.W.T <3




Baiklah, rakan-rakan telah mengenali serba sedikit tentang kami berlima kan? Jadi, mustahil rakan-rakan tidak kenal siapa kami. oleh itu, kami berharap jika kalian terjumpa secara sengaja atau tidak sengaja, dialu-alukan untuk bertegur sapa bagi mengeratkan hubungan sesama kita. Setakat ini sahaja dahulu, kita jumpa lagi di lain entri. Kami sudahi dengan salam serta selawat buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. 



Dari Pendang ke Parit Buntar
kuninglah warna padi berdiri
datang bertandang duduk sebentar
tibalah masa mengundur diri.

No comments:

Post a Comment