INDUKSI SET
- Video :
Sinopsis 'Budi Seorang Bapa Angkat'
Kemangkatan
Tuanku Si Helang Laut dan permaisurinya di negeri Bandar Mengkalih tidak
diketahui oleh kakandanya, Uli Emak Si Anjing. Hinggalah pada suatu malam suaminya,
Datuk Batin Alam telah mendapat alamat tentang kesusahan. Berikutan daripada
peristiwa tersebut, anak Tuanku Si
Helang Laut, iaitu Awang Sulung Merah Muda telah dipelihara oleh Datuk Batin
Alam dan Uli Emak Si Anjing. Setelah cukup umur, Awang Sulung dihantar mengaji
Quran dan merawi di rumah Tuan Kadi Alim. Namun begitu, Awang tidak mahu
belajar mengaji dan menutup Quran. Kejadian tersebut berulang pada hari
berikutnya. Namun, pada malam ketujuh, Awang menunjukkan minat untuk belajar
mengaji. Apabila Tuan Kadi Alim membaca sehelai, Awang membaca sejuzuk dan membaca
hingga khatam.
Seterusnya Awang Sulung diajar ilmu bahasa akal dan
bahasa Arab di rumah Tuan Malik Kecil. Peristiwa tidak mahu berlajar berulang
semula. Namun, pada malam ketujuh, Awang Sulung telah menunjukkan minat untuk
berlajar. Lebih mengejutkan, dalam masa yang singkat sahaja Awang Sulung dapat
menguasai ilmu yang dipelajarinya.
Setelah selesai pengajaran tersebut, Awang Sulung kemudian diajar ilmu persilatan oleh Datuk Batin Alam. Ayahnya menunjukkan langkah-langkah persilatan sehingga langkah tiga dan meminta Awang Sulung mengikutnya. Namun, Awang hanya tercengang-cengang. Dia terus menunjukkan langkah-langkah tersebut sehingga langkah dua belas. Tidak juga diikut oleh Awang Sulung. Dia terus menyambung sehingga penat. Dia terfikir ingin menguji Awang Sulung dengan melakukan tuju-tuju. Awang Sulung dapat menepis dan menjatuhkan tengkolok Datuk Batin Alam. Pelbagai ujian dilakukan seperti menikam bertubi-tubi dan dihumban seketul batu yang besar. Sesudah mahir, Awang Sulung dikhatankan oleh Datuk Mudim Raja dalam satu majlis yang gemilang.
Setelah selesai pengajaran tersebut, Awang Sulung kemudian diajar ilmu persilatan oleh Datuk Batin Alam. Ayahnya menunjukkan langkah-langkah persilatan sehingga langkah tiga dan meminta Awang Sulung mengikutnya. Namun, Awang hanya tercengang-cengang. Dia terus menunjukkan langkah-langkah tersebut sehingga langkah dua belas. Tidak juga diikut oleh Awang Sulung. Dia terus menyambung sehingga penat. Dia terfikir ingin menguji Awang Sulung dengan melakukan tuju-tuju. Awang Sulung dapat menepis dan menjatuhkan tengkolok Datuk Batin Alam. Pelbagai ujian dilakukan seperti menikam bertubi-tubi dan dihumban seketul batu yang besar. Sesudah mahir, Awang Sulung dikhatankan oleh Datuk Mudim Raja dalam satu majlis yang gemilang.
Setelah sembuh daripada khatan, Datuk Batin Alam
ingin mengasah gigi Awang Sulung dan meminta pembantunya, Awang Selamat
bertanya kepada sebuah tongkang yang sedang berlayar. Tukang mengasah gigi, Si
Cuti telah dipanggil ke istana. Setelah diasah gigi, Awang Sulung menjadi
sangat kacak sehingga sesiapa yang terpandang wajahnya akan terpikat. Walau
bagaimanapun Cuti telah dihukum bunuh agar tiada yang dapat menandingi
ketampanan Awang Sulung. Ganjaran diserahkan kepada keluarganya namun mereka
sangat merasai kehilangan Cuti.
Aktiviti 1 : Mencari Barang Tersembunyi dan Permainan Kotak Beracun.
ARAHAN:
1) Murid diedarkan sehelai kertas yang tertera lukisan di atasnya dan kemudian dikehendaki mencari sekurang-kurangnya sembilan objek yang tersembunyi dalam lukisan tersebut.
2) Bagi memberikan jawapan mengenai objek yang telah ditemui, murid perlulah bermain terlebih dahulu 'permainan kotak beracun' yang diiringi oleh lagu. Apabila lagu diberhentikan, murid terakhir yang memiliki kotak beracun tersebut perlulah bangun dan menyatakan satu objek yang terdapat di dalam lukisan tersebut. Kemudian, perlu mengambil segulung kertas kecil yang terdapat dalam kotak beracun dan melakukan perkara yang tertulis di atas kertas yang dipilih.
3) Murid yang dapat menyatakan objek yang ditemui serta dapat melakukan perkara yang tertulis di atas kertas yang dipilih akan memperoleh ganjaran.
Arahan:
Arahan:
1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar (kumpulan A dan kumpulan B).
2. Setiap kumpulan perlu menghantar dua orang wakil
untuk menyelesaikan puzzle yang telah disediakan.
3.
Seorang pelajar akan ditutup matanya untuk
mencantumkan puzzle yang terdapat di papan putih. Manakala seorang lagi pelajar
akan memberikan arahan tentang kedudukan puzzle yang betul (ahli kumpulan yang
lain dibenarkan untuk membantu)
4.
Pelajar diberikan masa selama *2 minit* untuk
menyelesaikan puzzle tersebut. Kumpulan yang dapat menyelesaikan puzzle
terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang.
Aktiviti 3: Roda Impian
Aktiviti 3: Roda Impian
Arahan
1.
Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan besar.
2.
Wakil setiap kumpulan tampil ke hadapan kelas
untuk memutar roda, dan perlu menjawab soalan jika mendapat bahagian ‘Jawab
Soalan. Ahli kumpulan dibenarkan membantu untuk menjawab soalan.
3.
Jika mendapat bahagian hilang giliran, kumpulan
lawan akan mengambil giliran untuk menjawab.
4.
Cenderahati akan diberikan kepada pelajar yang
tampil ke hadapan untuk memusing roda jika mendapat bahagian ‘Cenderahati’. ‘Muflis’
pula bermaksud kesemua markah terkumpul akan hilang. Markah Bonus sebanyak 30
markah akan diberikan jika mendapat bahagian ‘Markah Bonus’.
5.
‘Teka-teki’ akan diajukan kepada pelajar yang
mendapat bahagian ‘Teka-teki’.
PENUTUP :
- Video :
No comments:
Post a Comment